k tulah coretan dan perkongsian terhadap pengalaman saya...saya minta maaf sekiranya ada salah fakta kerana ini semua hanya berdasarkan pengalaman..korang juga boleh tegur dan betulkan saya sekiranya saya ad buat kesalahan atau salah fakta...harap sedikit sebanyak maklumat ni dapat membantu adik2 yg runsing pening pikir sampai x boleh tido nak masuk form 6 ke tidak ahhahaha...x kisahlah korang belajar kat mana pon yang penting usaha k....berusahalah semua
Selasa, 3 Januari 2017
matrikulasi vs stpm mana lebih baik?
okay pada kebiasaannya orang ramai akan berfikir bahawa tingkatan enam ini hanya untuk orang2 yang tidak dapat upu sahaja dan tempat untuk orang2 yg tidak dapat mana2 tawaran yang bagus...sebenarnya ini sebuah penilaian yang salah...sebelum saya menjadi salah seorang pra-u student ni saya turut berpendapat bahawa stpm ini hanya untuk budak2 lemah dan saya sangat memandang rendah terhadap form 6 saya kalau boleh memang paling x naklah masuk form 6 ni dulu...tpi saya daftar juga form 6 sebagai backup plan kalau x dapat U nanti,akhirnya result upu keluar dan saya tidak dapat mana2 tawaran, sedih tu memang sedih sebab saya agak confident yang saya dapat time tu..dan matrikulasi juga x dapat akhirnya saya seperti give up dan mengambil keputusan untuk meneruskan form 6 ni....setelah saya berada didalam form 6 lebih kurang 2 bulan keputusan untuk politeknik keluar dan saya dapat tawaran civil engeneering,saya mula2nya memang nak pergi dah x tahan dah belajar form 6 ni tpi hati sya rasa berat macam ad sesuatu yang menghalang...jadi saya pun abaikan tawaran tu dan meneruskan form 6 dengan penuh kerelaan dan semangat waja di hati...dan selama saya belajar form 6 saya dapati yang saya menilai form 6 ini salah selama ini saya rasa seronok belajar dan baru saya faham kenapa allah bawa saya ke jalan ini kerana saya percaya inilah jalan terbaik...sebenarnya form 6 ni sangat bagus...mengikut lect saya dalam pemilihan kemasukan ke universiti orang pertama yang akan dilihat ialah pelajar STPM dan peluang untuk untuk pelajar STPM masuk ke U juga lebih tinggi berbanding pelajar Matrik kerana STPM lebih bersifat national dan ada lembaga khas,berbanding matrikulasi mereka lebih berbentuk private kerana peperiksaan dan penandaan serta sistem mereka adalah dibawah mereka sendiri...mengikut pengalaman senior2 saya yang berada di form 6...hanya dengan cgpa 2.5 mereka boleh dapat course engeneering di university...contohnya lah sorang abg senior kenalan saya ni dia ni lemah form 6 ,science stream pointer sekadar 1.8 keatas tapi dengan pertolongan kerja khusus final dia dapatlah 2.4...dia pon macam dah give up tapi tut tut dia dapat course electrical engeneering di universiti perlis dia pon macam x percaya..dan ramai lagi senior2 form 6 stream science yang sekadar dapat pointer 2.04,2.2 dan sebagainya layak masuk ke universiti awam untuk course engeering...nak menunjukkan vs dengan matrikulasi pula seorang kenalan saya mendapat pointer 3.4(agak bagus senanya) tapi dia mendapat course alam sekitar di universiti yang dia x nak pon course nya tapi terpksa juga teruskan belajar....bukan nak memburukkan matrik kerana matrik bagus juga bagi saya ramai lepasan matrik yang berjaya jadi doktor dan sebagainya namun persaingan lebih kuat disana dan kalau sekadar dapat pointer 3.00 di matrik agak susah untuk dapat course yg diidam idamkan......namun bukan matrik jer ada problem ni bagi aliran kemanusiaan di form 6 korang kena dapat at least 3.5 untuk memastikan tempat korang kat U...sebab korang lain ngan science stream science stream ni yg amik sikit jer so peluang diorang lebih besar manakala aliran kemanusiaan ni yang amik ramai so berebut nak tempat kat U...jangan cakap 3.00 dah selamat yee... seorang kenalan saya dapat 3.3 pointer tpi x dapat mana2 tawaran akhirnya dia terpaksa masuk ke private U so moral value dia di sini klu nak teruskan form6 korang kena struggle nak dpat the best terutama aliran kemanusiaan sebab korang kena bersaing dengan ribuan orng yg nak spot kat U ni...so papepon usahalah yee..tidak kiralah matrik atau form 6 ada kebaikan dan keburukannya kadang2 kena tengok juga rezeki korang ad dimana jngan terus give up...
alhamdullilah,dengan adanya blog saya yang baru ini dapat saya berkongsi maklumat dari segi pengalaman dan segala pengetahuan yang saya ada bagi membantu atau menyelesaikan apa2 kerunsingan yang berada dalam pemikiran pembaca blog ini....insyaallah saya akan mengemaskini status blog ini secepat mungkin....
Langgan:
Ulasan (Atom)